Personal Log Book: October 2005

Sunday, October 30, 2005

Aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada semua kekawan yang aku kenal di Malaysia dan obersee. Tahun ni aku akan balik Malaysia lepas tak balik 2 tahun dan beraya di Korea. Balik kampung...ye...ye balik kampung.

Ni gambar aku dan family raya tahun lepas. Raya tahun lepas kira meriah jugak sebab ramai orang. Tahun ni tak ramai orang dah...ramai bujang. So ..aku nak ucapkan selamat hari raya buat kekawan MISC di pulau Geoje ni....tahun lepas aku masak satay...Rosman tukang tolong cucuk. Tahun ni korang masakle satay ke...kuah kacang ke.....campur ngan nasi impit....apa2 ke. Ataupun mintak Abu masak rendang...sure kow team punye.

Aku tau tahun ni aku nak makan lemang...ketupat...rendang Tok dan macam-macam lagi.

Jumpa lagi lepas 2 minggu....SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR BATIN.

Tuesday, October 18, 2005

Rasa berbelit lidah nak karang dalam Bahasa Malaysia walaupun aku dibesarkan di Malaysia. Okay kali ni aku akan guna bahasa yang biasa aku guna tiap-tiap hari di rumah ataupun kerja.

Pada tahun 1997, aku balik Malaysia sebab ekonomi merudum seluruh Asia. Duit Thai jatuh, Korea dan Malaysia mengikut. Tapi sebab PSC bayar gaji dan elaun aku dalam Ringgit, terasa senak perut bila convert duit to Australian Dollar. Hantar SOS kat bos, mintak balik Malaysia....dan PSC hantar aku pergi PSC-Naval Dockyard. Even though aku baru 26 tahun, PSC promote aku jadi Senior Technical Executive (Naval Architect). Kira ok le sebab ada senior aku kat Michigan still Technical Executive lagi masa tu.

Kat PSC aku jumpa ramai kawan yang menjadi kawan baik aku sampai sekarang ni. Susah nak cari kawan baik...especialy when you are keep moving around the world. Aku sampai di PSC masa saham PSC tengah hangat. Masa tu PSC nak tender project RMN Patrol Vessel...enam biji kapal with cost around RM750 million each. Tu dah dekat 5.3 billion for the whole duration of the project. When we signed the contract....that is the biggest privatisation contact ever signed by Government of Malaysia. The best thing is we involved with the project since the beginning stage...daripada kertas tender document from Navy and Government, specification negotiation until contract signed by both parties. Lagi best bila team kita orang rata2 below 35 years old. The youngest aku le...Lelain tu soma orang kuat PSC yang berhijrah daripada MSE.

Lepas signed contract, projek disambung kat Hamburg, GERMANY. PSC hantar 54 orang at one time and the core of the team, the project management team, consists of about 20 staff. Kat situ aku belajar macam2, liased and negotiated with the Spanish, Italian, Germans, Hollanders sebab kerja. At the same time aku dan keluarga ambik kesempatan pi tengok France, Spain, Monaco, Italy, Germany (off course), Czechkoslavakia, Denmark, Sweden,Belgium, Luxemburg, Holland, Switzerland and UK. Ni gambar kapal yang aku dan rakan2 reka dan oversee kat Hamburg dulu. Sekarang ni kapal ni masih kat PSC...ada masalah sikit...Platform systems soma cantik, speed, vibrations etc are within spec requirements. Ni dia gambar Kapal PV tengah trial...speed lebih daripada spec lagi tu...

Kalau tengok kapal tu konar baring....rasanya semua orang terkejut kut. Member aku kata Kapal PV ni patut panggil KD Mat Rempit. Tapi sebabkan Combat System kapal ni canggih sangat, tu yang delay sikit kut. Aku dengar-dengar daripada kawan-kawan aku, rasanya dah nak OK kut.

Sayang sebab plan asal Government memang mulia...nak majukan marine industry kat Malaysia through shipbuilding tapi sebabkan sesetengah orang rancangan tersebut hanyalah tinggal "plan" sahaja. Kita orang dah buat study yang projek ni akan berjaya dengan current industries kat Malaysia dan schedule of construction. Sempat nak develop the industry dan macam2 lagi. Tapi soma tu tak kesampaian.

Aku diarahkan balik sebelum tamat tempoh aku di Hamburg, GERMANY atas alasan tolong set up PV Project in Malaysia. Aku menurut perintah...Tapi alasan tu hanya alasan juga. Aku di"ding-dong"kan antara Project Management dan Design. Soma orang nak pakai aku. Selepas lima bulan aku decided nak tukar haluan pulak. Aku join MISC Berhad pada March 2003.

Karier aku kat MISC...kira macam all rounder juga lah...Aku masuk mula2 buat drawing approval, lepas tu kapal afloat repair, lepas tu buat docking kat MSE and then kena hantar pi Korea. Aku kena hantar pergi Korea in August 2003 and still in Korea. Changed from Aframax Crude Oil Tanker Project Team to LNG Project Teamin Dec 2003. Ni gambar Aframax yang aku dok supervise masa kat SHI.

The first LNG Carrier, SERI ALAM, already delivered to MISC. Kira canggih jugakle kapal LNG nie tapi bagi aku soma kapal sama aje. Soma terapung dan guna the same principle - Archimedes. The only different is the mission of the ship. Kalau nak bawak weapon, kena le lain sikit dan kalau nak bawak LNG kena le lain sikit. That is why the designer is very important aspect of the shipbuilding. Kalau kena designer yang tau satu benda aje ...lecehle kapal tu. Cuba bayangkan kalau Kapal PV bawak LNG. Tengok shape dia aje dah pening. So kalau nak jadi Naval Architect... make sure masuk design first 3-5 tahun. Tahu le soma benda...sothat nanti orang tak bole "cong". Explore the ways to design economical and practical linesplan, comply with stability and then design structure that suits construction. Jangan nak berangan soma ikut sedap hati tapi last2 production tak boleh buat. Mimpi le gamaknya. Ni gambar first LNG yang aku involved dengan MISC.

By October 2005, aku dah Full Member with RINA, the Royal Institute of Naval Architects, and Chartered Engineer with UK Engineering Council. Aku rasa kena pursue soma tu sebab recognition from industry is important for us to develop professionally. Aku rasa company sendiri lagi susah nak nak recognise the professional capability compared to the industry...banyak politics. I never a believer of age represents experience...where most of the comapny uphold strongly. Kalau sesapa nak advise or counselling pasal carrier in Naval Architecture...aku berbesar hati untuk membantu.

Nanti aku sambung pasal tempat aku dah tengok kat Europe.

Saturday, October 15, 2005

Semangat aku untuk terus menulis berkobar-kobar selepas proses mencuba blog berjaya. Kali ini aku nak sambung pasal kerjaya aku yang ramai orang dekat Malaysia masih tak tahu.

Aku telah berazam ataupun bercita-cita untuk menjadi seorang Naval Architect ataupun Arkitek Senibina Laut sejak aku berumur 14 tahun selepas ceramah karier daripada MISC. Selepas SPM, aku telah memilih untuk mengambil program Teknologi Marin di UTM selain program Petroleum kerana tiada program untuk Naval Architecture di Malaysia. Hati aku kecewa kerana harapan aku mungkin tidak kesampaian. Tetapi rezeki menyelebahi aku, atas kurniaan Allah, kerana aku terpilih untuk masuk PPP/ITM bagi program Kejuruteraan Marin. Peluang aku untuk mengambil program Naval Architecture masih terbuka luas kerana terdapat pelbagai universiti di USA mempunyai program Marine Engineering dan Naval Architecture.

Oleh kerana keputusan CGPA aku di PPP/ITM lebih daripada 3.2 aku telah ditawarkan meneruskan pengajian di University of Michigan, Ann Arbor didalam bidang Naval Architecture and Marine Engineering. Akhirnya, hajat aku tercapai jua selepas 10 tahun berazam menjadi seorang Naval Architect pada 30 April 1994 dimana aku telah menerima Ijazah Sarjana Muda daripada University of Michigan.

Aku telah bekerja di Grand Banks, Pasir Gudang, MALAYSIA daripada Mei 1994 sehingga Mac 1995. Di Grand Banks aku dipertanggungjawab menjaga segala projek rekabentuk dalaman (general arrangement) termasuk lukisan pembuatan bagi gentian fiber dan perabut/alat di dalam kabin kapal.
Aku telah mula mendaftar sebagai Jurutera Graduan dengan Lembaga Jurutera Malaysia pada masa itu. Ini gambar kapal yang aku dan kawan-kawan di Grand Banks telah bertungkus lumus pada masa itu. Kapal pertama Grand Banks, Pasir Gudang, telah dihasilkan oleh kami adalah Grand Banks 42 Classic.

Semasa di Grand Banks, Penang Shipbuilding and Construction (PSC), sedang di dalam proses pengembangan secara pesat. PSC membuka peluang bagi Naval Architect Malaysia untuk bekerja di WaveMaster International di Henderson, Western Australia. Oleh kerana aku lebih berminat untuk mempraktikkan ilmu rekabentuk kapal yang telah aku pelajari di Univerisity of Michigan, aku telah berhenti daripada Grand Banks dan berhijrah ke Australia bersama isteri kesayangan.

Di WaveMaster, aku telah memulakan karier sebagai Naval Architect daripada proses spesifikasi, rekabentuk hinggalah sea trial. WaveMaster adalah salah satu syarikat yang unggul di dunia bagi rekabentuk fast ferry. Semasa di WaveMaster aku telah menyertai secara langsung dan tidak langsung bagi tidak kurang daripada 10 projek pelbagai jenis kapal feri laju daripada catamaran, monohull samada waterjet propulsion ataupun propeller. Gambar ni adalah salah satu daripada dua biji kapal feri laju yang aku terlibat secara langsung, Berlian dan Zamrud, yang telah diekspot ke Iran.

Karier aku selepas WaveMaster akan disambung dilain kali...

Hari ini baru nak mula menulis blog untuk diri sendiri. Semua ni kerana terpengaruh dengan kawan-kawan yang dah mulakan blog.

Oleh kerana sebelum ini aku takde digital camera, gambar-gambar log aku akan bermula daripada Hamburg, Germany.

Aku adalah salah seorang Bekas Budak Boy daripada Maktab Tentera DiRaja, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Aku telah belajar Naval Architecture and Marine Engineering di University of Michigan, Ann Arbor, USA dan tamat pengajian pada 30 April 1994. Bekerja di Grand Banks, Pasir Gudang, Johor, Malaysia seminggu selepas aku pulang daripada USA selama setahun sebelum bekerja di WaveMaster International, Henderson, Western Australia selama dua tahun setengah.

Selepas itu aku ditugaskan pulang ke Malaysia untuk bekerja di PSC-Naval Dockyard, Lumut, Perak, Malaysia. Di situ aku jumpa ramai kawan-kawan menjadi kawan baik aku sehingga sekarang. Pada masa itu juga, PSC-Naval Dockyard sedang membida projek Kapal Peronda TLDM. Aku terlibat secara langsung daripada perbincangan spesifikasi hinggalah kontrak ditandatangani oleh Kerajaan Malaysia dan PSC-Naval Dockyard. Secara ikhlas aku rasa projek Kerajaan Malaysia mempunyai pelbagai keuntungan kepada Malaysia tetapi telah menjadi sebaliknya sekarang ini.

Projek tersebut juga membawa aku pergi bekerja di Blohm+Voss, Hamburg, Germany selama dua tahun setengah daripada Ogos 2000 sehingga Oktober 2002. Aku dan keluarga mengambil kesempatan itu untuk menjelajah Eropah. Tambahan pula pada masa itu, kawan-kawan aku bekas Maktab Tentera DiRaja (MTD) bekerja di Eropah; Suhaimi berada di Marseilles, France dan Amir berada di Zurich, Switzerland. Aku tak tunggu peluang untuk menziarahi mereka setiap kali cuti datang menjelang.

Puas aku jelajah Eropah dan antara negara-negara yang aku singgah pada masa itu antaranya termasuklah Amsterdam dan Gronigen di Holland, Marseilles, Nice, Monaco dan Paris di France, Luxemburg, Belgium, Zurich di Switzerland, Venice, Milan dan Naples di Italy, Prague di Cezchkoslavakia, Stockholm di Sweden, Copenhagen di Denmark dan Manchester, Nottingham dan London di UK. Tu tak termasuk tempat-tempat aku singgah di Germany. Merata Germany aku jelajah tapi taklah sebanyak kawan aku yang lain. Aku telah pergi Romantishe Strasse, Black Forest dan Mosselle Valley. Aku tak sempat nak singgah di tempat-tempat menarik di Rhine River. Banyak istana dan kastil yang menjadi kenangan dan sejarah perang antara dua belah pihak di Rhine River. Nanti aku cuba menulis sedikit sebanyak cerita aku di tempat-tempat tersebut.

Gambar yang ada ini adalah gambar aku dan keluarga pada tahun 2001 di Asternweg, Schenefeld, Germany yang aku tinggal selama setahun lebih. Di Hamburg, aku mempunyai sebuah kereta BMW318i tahun 1994 yang aku beli atas tangan orang. Kereta BMW dan Mercedes di Germany seperti Proton di Malaysia dimana keretanya banyak di merata tempat. Harganya pun tak mahal berbanding di Malaysia.

Kita sambung lagi dilain kali...mungkin dengan cerita yang lebih menarik lagi.