Semangat aku untuk terus menulis berkobar-kobar selepas proses mencuba blog berjaya. Kali ini aku nak sambung pasal kerjaya aku yang ramai orang dekat Malaysia masih tak tahu.
Aku telah berazam ataupun bercita-cita untuk menjadi seorang
Naval Architect ataupun Arkitek Senibina Laut sejak aku berumur 14 tahun selepas ceramah karier daripada MISC. Selepas SPM, aku telah memilih untuk mengambil program Teknologi Marin di UTM selain program Petroleum kerana tiada program untuk
Naval Architecture di Malaysia. Hati aku kecewa kerana harapan aku mungkin tidak kesampaian. Tetapi rezeki menyelebahi aku, atas kurniaan Allah, kerana aku terpilih untuk masuk PPP/ITM bagi program Kejuruteraan Marin. Peluang aku untuk mengambil program
Naval Architecture masih terbuka luas kerana terdapat pelbagai universiti di USA mempunyai program
Marine Engineering dan
Naval Architecture.
Oleh kerana keputusan CGPA aku di PPP/ITM lebih daripada 3.2 aku telah ditawarkan meneruskan pengajian di University of Michigan, Ann Arbor didalam bidang
Naval Architecture and Marine Engineering. Akhirnya, hajat aku tercapai jua selepas 10 tahun berazam menjadi seorang
Naval Architect pada 30 April 1994 dimana aku telah menerima Ijazah Sarjana Muda daripada University of Michigan.
Aku telah bekerja di Grand Banks, Pasir Gudang, MALAYSIA daripada Mei 1994 sehingga

Mac 1995. Di Grand Banks aku dipertanggungjawab menjaga segala projek rekabentuk dalaman (general arrangement) termasuk lukisan pembuatan bagi gentian fiber dan perabut/alat di dalam kabin kapal.
Aku telah mula mendaftar sebagai Jurutera Graduan dengan Lembaga Jurutera Malaysia pada masa itu. Ini gambar kapal yang aku dan kawan-kawan di Grand Banks telah bertungkus lumus pada masa itu. Kapal pertama Grand Banks, Pasir Gudang, telah dihasilkan oleh kami adalah Grand Banks 42 Classic.
Semasa di Grand Banks, Penang Shipbuilding and Construction (PSC), sedang di dalam proses pengembangan secara pesat. PSC membuka peluang bagi
Naval Architect Malaysia untuk bekerja di WaveMaster International di Henderson, Western Australia. Oleh kerana aku lebih berminat untuk mempraktikkan ilmu rekabentuk kapal yang telah aku pelajari di Univerisity of Michigan, aku telah berhenti daripada Grand Banks dan berhijrah ke Australia bersama isteri kesayangan.
Di WaveMaster, aku telah memulakan karier sebagai
Naval Architect daripada proses

spesifikasi, rekabentuk hinggalah
sea trial. WaveMaster adalah salah satu syarikat yang unggul di dunia bagi rekabentuk
fast ferry. Semasa di WaveMaster aku telah menyertai secara langsung dan tidak langsung bagi tidak kurang daripada 10 projek pelbagai jenis kapal feri laju daripada
catamaran, monohull samada
waterjet propulsion ataupun
propeller. Gambar ni adalah salah satu daripada dua biji kapal feri laju yang aku terlibat secara langsung, Berlian dan Zamrud, yang telah diekspot ke Iran.
Karier aku selepas WaveMaster akan disambung dilain kali...