Hari ini baru nak mula menulis blog untuk diri sendiri. Semua ni kerana terpengaruh dengan kawan-kawan yang dah mulakan blog.
Oleh kerana sebelum ini aku takde digital camera, gambar-gambar log aku akan bermula daripada Hamburg, Germany.
Aku adalah salah seorang Bekas Budak Boy daripada Maktab Tentera DiRaja, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Aku telah belajar Naval Architecture and Marine Engineering di University of Michigan, Ann Arbor, USA dan tamat pengajian pada 30 April 1994. Bekerja di Grand Banks, Pasir Gudang, Johor, Malaysia seminggu selepas aku pulang daripada USA selama setahun sebelum bekerja di WaveMaster International, Henderson, Western Australia selama dua tahun setengah.
Selepas itu aku ditugaskan pulang ke Malaysia untuk bekerja di PSC-Naval Dockyard, Lumut, Perak, Malaysia. Di situ aku jumpa ramai kawan-kawan menjadi kawan baik aku sehingga sekarang. Pada masa itu juga, PSC-Naval Dockyard sedang membida projek Kapal Peronda TLDM. Aku terlibat secara langsung daripada perbincangan spesifikasi hinggalah kontrak ditandatangani oleh Kerajaan Malaysia dan PSC-Naval Dockyard. Secara ikhlas aku rasa projek Kerajaan Malaysia mempunyai pelbagai keuntungan kepada Malaysia tetapi telah menjadi sebaliknya sekarang ini.
Projek tersebut juga membawa aku pergi bekerja di Blohm+Voss, Hamburg, Germany selama dua tahun setengah daripada Ogos 2000 sehingga Oktober 2002. Aku dan keluarga mengambil kesempatan itu untuk menjelajah Eropah. Tambahan pula pada masa itu, kawan-kawan aku bekas Maktab Tentera DiRaja (MTD) bekerja di Eropah; Suhaimi berada di Marseilles, France dan Amir berada di Zurich, Switzerland. Aku tak tunggu peluang untuk menziarahi mereka setiap kali cuti datang menjelang.
Puas aku jelajah Eropah dan antara negara-negara yang aku singgah pada masa itu antaranya termasuklah Amsterdam dan Gronigen di Holland, Marseilles, Nice, Monaco dan Paris di France, Luxemburg, Belgium, Zurich di Switzerland, Venice, Milan dan Naples di Italy, Prague di Cezchkoslavakia, Stockholm di Sweden, Copenhagen di Denmark dan Manchester, Nottingham dan London di UK. Tu tak termasuk tempat-tempat aku singgah di Germany. Merata Germany aku jelajah tapi taklah sebanyak kawan aku yang lain. Aku telah pergi Romantishe Strasse, Black Forest dan Mosselle Valley. Aku tak sempat nak singgah di tempat-tempat menarik di Rhine River. Banyak istana dan kastil yang menjadi kenangan dan sejarah perang antara dua belah pihak di Rhine River. Nanti aku cuba menulis sedikit sebanyak cerita aku di tempat-tempat tersebut.
Gambar yang ada ini adalah gambar aku dan keluarga pada tahun 2001 di Asternweg, Schenefeld, Germany yang aku tinggal selama setahun lebih. Di Hamburg, aku mempunyai sebuah kereta BMW318i tahun 1994 yang aku beli atas tangan orang. Kereta BMW dan Mercedes di Germany seperti Proton di Malaysia dimana keretanya banyak di merata tempat. Harganya pun tak mahal berbanding di Malaysia.
Kita sambung lagi dilain kali...mungkin dengan cerita yang lebih menarik lagi.

1 Comments:
cayalah... dah ada blog gitu..
Post a Comment
<< Home